WARGA emas ditemui lemas di Kampung Tasik, Pengkalan Hulu, petang semalam. FOTO ihsan bomba
Farah Suhaidah Othman
am@hmetro.com.my

 

WANITA warga emas ditemui lemas selepas tergelincir jatuh ke dalam sungai berhampiran Gua Gendang, Kampung Tasik, Pengkalan Hulu petang semalam.

Dalam kejadiaan 6.05 petang itu, mangsa, DM Plem Chai, 64 yang beralamat di Kampung Tambahan Tasek, Pengkalan Hulu ditemui tersangkut di dahan pokok dalam sungai pada 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu Deputi Superintedan Raduan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan berhubung kejadian itu sebelum meminta bantuan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, sebaik tiba pihaknya yang turut dibantu penduduk kampung mendapati mangsa ditemui orang awam tersangkut di dahan pokok dalam sungai berkenaan 30 minit selepas kejadian dia didapati terjatuh.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa terjatuh.

“Ketika kejadian, kedalaman air sungai dianggarkan lebih kurang 1.5 meter dan air sungai sangat deras,” katanya.

Raduan berkata, pihaknya difahamkan mangsa bersama seorang lagi saudaranya pergi memancing di sungai berkenaan sebelum tergelincir ketika menyeberangi sungai itu.

“€œMayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan punca kematian mangsa adalah disebabkan mati lemas,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2017 @ 8:49 AM
Skip this ad x