Float kuda yang terjual pada harga RM9,200. FOTO Rasul Azli Samad
Shaiffulazhar Misri
am@hmetro.com.my


SEBUAH float kuda (semi treler kandang haiwan) dijual pada harga RM9,200 pada Program Lelongan Awam Kenderaan Sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di Pejabat JPJ Negeri, Bukit Katil, Melaka Tengah, hari ini.

Treler terbabit mendapat perhatian berikutan harganya yang dianggap murah berbanding pembelian treler terpakai diimport dari luar negara yang harganya sekitar RM30,000 hingga RM40,000 seunit mengikut jenis.

Pengarah Jabatan JPJ negeri Mohd Fadhil Hassan berkata, pihaknya melelong sebanyak 38 pelbagai jenis kenderaan dengan nilai perolehan RM41,860.

“Selain treler terbabit bidaan lain yang turut mendapat perhatian daripada pembida yang hadir adalah motosikal jenis Honda EX5.

"Semua kenderaan ini dilelong selepas kami mendapat perintah lucut hak daripada Mahkamah Melaka dan Jasin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 3:59 PM