Aidid (dua kiri) bersama pegawai menunjukkan rokok seludup yang dirampas pada sidang media di Pejabat Kastam Negeri Terengganu. FOTO Mohd Syafiq Ambak
Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my


JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas 6,000 karton mengandungi 1.2 juta rokok seludup bernilai RM864,960 termasuk cukai selepas menahan sebuah lori di Kampung Petaling, Tepoh, Kuala Terengganu, 10 pagi semalam.

Pengarah JKDM negeri Aidid Tajuddin berkata, sepasukan anggota penguat kuasa menahan lori itu selepas mendapat maklumat risikan Bahagian Penguatkuasaan Kastam Terengganu.

"Pemandu lori itu bagaimanapun sempat melarikan diri. Hasil pemeriksaan, kastam menemui 6,000 karton mengandungi rokok putih jenama League Merah dan League Hijau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media di Pejabat Penguat Kuasa Kastam Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2017 @ 12:46 PM