ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang kakinya tersepit.
myMetro

Melaka: Sepasukan anggota bomba dipanggil bagi membantu mengeluarkan seorang lelaki dari dalam Perodua Myvi dipandunya selepas kakinya tersepit pada tempat duduk akibat terbabit kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 12.15 tengah malam, bahagian depan Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 26 tahun itu remuk selepas melanggar pokok di bahu jalan.

Terdahulu, mangsa memandu seorang diri dari Hospital Melaka menghala ke Alor Gajah, tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan Perodua Myvi terbabit terbabas ke laluan bersebelahan lalu melanggar pokok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 5:12 AM