KIRUBAH
THIRUCHELVI
SATHIESAN
Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


POLIS meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan tiga individu yang dikehendaki menjadi saksi perbicaraan satu kes bunuh di Mahkamah Sesyen, Klang, esok.

Mereka ialah P Sathiesan, 64, bernombor kad pengenalan 530206-10-5253; S Kirubah, 29, (880729-10-5260) dan S Thiruchelvi, 33, (840417-10-5716).

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya gagal mengesan dua wanita dan lelaki itu berdasarkan alamat terakhir rumah mereka.

“Kita berharap semua individu berkenaan segera tampil bagi menjadi saksi untuk perbicaraan kes bunuh yang akan bermula esok.

“Ahli keluarga atau kenalan penama itu boleh membantu menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya, di sini, semalam.

Kata Mohd Yusoff, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Muhammad Khuzairi Abd Wahab di 019-2199991.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 4:57 AM