SERPIHAN kaca yang jatuh daripada treler di R&R Seremban, semalam.
Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my


Seremban: Kegagalan besi penahan menampung beban dipercayai punca cermin kaca dibawa sebuah treler terjatuh dan bertaburan di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 5 pagi ketika treler itu melalui jalan menuju ke R&R berdekatan sebuah stesen minyak.

Sumber berkata, ketika itu, besi penahan cermin terbabit dipercayai tidak mampu menampung beban muatan lalu bengkok.

Katanya, itu menyebabkan cermin berkenaan jatuh lalu berkecai dan pihak PLUS menutup sementara laluan terbabit untuk kerja pembersihan.

“Kerja pembersihan mengambil masa hampir 10 jam untuk mengutip sisa kaca bertaburan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 6:31 AM