MOHD Haswandi
myMetro

Kota Bharu: “Saya tidak sengaja tuan kerana baru lepas makan ubat,” kata seorang penganggur di Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku salah terhadap tuduhan mengugut ibunya dengan pisau, minggu lalu.

Terdahulu, tertuduh, Mohd Haswandi Mat Reduan, 51, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu ketika dibacakan pertuduhan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 24 Mei depan untuk mendengar keterangan impak mangsa sebelum menjatuhkan hukuman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan hanya ibu dibenarkan menjadi penjamin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 8:45 AM