PESERTA melalui trek di lereng bukit pada hari kedua pendakian Cabaran Annapurna 2017.
myMetro

Pokhara (Nepal): Suhu yang semakin sejuk pada hari ketiga cabaran Annapurna 2017 Media dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak mematahkan semangat peserta untuk menyempurnakan misi itu.

Hari kedua pendakian kelmarin, menyaksikan ada dalam kalangan peserta mula tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk selain perlu melalui trek yang semakin mencabar. Ketua Ekspedisi Fazli Ahmad berkata, laluan bertangga dan menegak sepanjang perjalanan benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental peserta.

“Bagaimanapun, semua peserta berjaya tiba
di Kem Bamboo pada ketinggian 2,145 meter setelah mengharungi perjalanan hampir sembilan jam dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 6:22 AM