ABDUL Hadi membuang undi bagi proses pemilihan tiga jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada Muktamar PAS kali ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
Hairulazim Mahmud dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

Alor Setar: “Islam menolak ideologi yang bertuhankan harta, tiba-tiba segala khazanah negara menjadi miliknya, boleh diambil dengan apa jua cara sekalipun dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal serta haram, sama ada secara liberal kapitalis atau komunis atau sosialis,” tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, akidah tauhid mengesakan Allah saja iaitu yang diibadatkan kepada-Nya dengan jasad, roh dan akal sekali gus menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi Tuhan apabila berkuasa memerintah negara, diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta.

“Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan pemimpin individu atau bertuhankan kelompok, Islam menolak bertuhankan rakyat tanpa hidayah yang bertopengkan demokrasi,” katanya dalam ucapan dasar sempena Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 6:18 AM