KAMERA disembunyikan pada penyangkut baju khas dalam tandas wanita.

Seremban: Seorang penuntut perempuan bernasib baik apabila menyedari kehadiran sebuah kamera yang disembunyikan
di dalam tandas wanita
di sebuah kolej swasta,
di sini, ketika mahu membuka pakaian, kelmarin.

Sumber berkata, wanita berusia 20 tahun itu memasuki tandas jam 12 tengah hari dan mendapati keadaan penyangkut baju mencurigakan.

Katanya, dia kemudian memeriksa penyangkut baju berkenaan dan menyedari terdapat sebuah lubang sebelum menemui kamera tersembunyi.

“Penuntut itu turut menemui satu kad memori lalu diserahkan kepada pejabat teknologi maklumat kolej berkenaan untuk dibuat pemeriksaan lanjut.

Kamera dan kad memori itu diserahkan kepada pengurusan kolej sebelum laporan dibuat di Balai Polis Jalan Campbell,
di sini, jam 5 petang kelmarin,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2017 @ 6:30 AM