Salmi menunjukkan gambar anaknya yang didakwa didera cikgu sekolah PASTI Kuala Kedah pada bulan lalu.
Aizat Sharif
am@hmetro.com.my

Alor Setar: Seorang bekas jururawat mendakwa anak lelakinya, Muhammad Syahmi Haziq Syaari, 5, menjadi mangsa penderaan di sebuah pusat asuhan prasekolah di Jalan Kuala Kedah, di sini, sejak awal Januari lalu.

Salmi Mohd Yaacob, 37, yang nekad berhenti kerja, baru-baru ini demi menumpukan perhatian menjaga anaknya berkata, kejadian menjadi serius sekitar minggu lalu apabila dia ternampak kesan lebam pada paha kanan anaknya selepas pulang dari pusat asuhan berkenaan.

Katanya, dia mengesyaki kejadian itu bermula sejak awal Januari lalu apabila anaknya dipukul guru wanita.

“Mulanya saya ingatkan ia mungkin sebahagian daripada proses pembelajaran kanak-kanak di mana guru akan pukul sebagai tanda pengajaran, jadi saya tidak begitu menyebelahi anak saya kerana saya fikirkan dia mungkin nakal.

“Namun bukan setakat penderaan saja tetapi pengabaian juga berlaku apabila sekitar Februari lalu, anak saya pernah pulang ke rumah dalam keadaan seluarnya basah kerana terkencing dalam seluar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 11:41 AM