ANGGOTA bomba menunjukkan labi-labi gergasi yang ditangkap, semalam.

Batu Gajah: Seekor labi-labi gergasi seberat 80 kilogram yang tersangkut di dalam longkang di hadapan sebuah rumah di Kampung Terap, di sini, diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi, haiwan berukuran 1.2 meter panjang dengan lebar 0.6 berkenaan dijumpai pemilik rumah di dalam longkang di hadapan rumahnya dalam keadaan tidak dapat bergerak lalu menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Ketua BBP Batu Gajah Halid Md Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.59 pagi mengenai kejadian itu.

“Anggota mengeluarkan labi-labi itu menggunakan tali dan menyerahkannya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sebelum dilepaskan ke habitat asalnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 9:43 AM