KAKITANGAN Affin Bank menghidangkan makanan kepada warga emas.

Kuala Lumpur: Kumpulan Affin Bank meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama 60 warga emas di Rumah Orang Tua Ampang, di sini, semalam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, program berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial (CSR) bank berkenaan.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk berkongsi kegembiraan kepada penghuni pusat berkenaan yang tidak mempunyai keluarga atau anak-anak.

“Selain menjamu makan tengah hari, mereka turut diberi hamper dan angpau,” katanya.

Beliau berkata, program ini sudah diadakan sejak 2013 dan akan diteruskan pada masa akan datang.

Katanya, Affin Bank akan mengadakan beberapa lagi aktiviti CSR untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 7:47 AM