ZULHAFISSAM dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu:Kota Bharu: Seorang lelaki dipenjara 10 tahun dan 12 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan memiliki dadah jenis heroin dan methampetamine, dua tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Zulhafissam Zulkifli, 23, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 25 Ogos 2015.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 6.57 gram di kawasan semak tepi jalan di Kampung Rengas, Labok, Machang pada jam 3.05 petang, 25 Ogos 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, waktu dan lokasi sama, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis methampetamine seberat 0.65 gram.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang dihukum di bawah seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 10:11 AM