Asrizal Aris
asrizal.aris@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Bekas isteri kepada Penyunting Eksekutif Harian Metro, Allahyarham Kamarul Efindi Badarudin yang meninggal dunia pada 27 Disember lalu akibat kanser menerima skim faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan pengurusan jenazah, semalam.

Timbalan Pengarah PERKESO Kuala Lumpur, Fuad Alias berkata, semakan status mendapati waris kepada arwah iaitu bekas isteri, Zulleyana Adam serta dua anak mereka, Aliff Iskandar, 13, dan Arfan Mukhriz, 8, layak mendapat faedah.

Katanya, arwah layak menerima Pencen Penakat Penuh iaitu 65 peratus daripada gaji bulanan purata sejak mencarum penuh bermula 1994.

“Jumlah pencen diterima waris ialah RM1,987.92 sebulan sehingga anak mereka mencecah usia 21 tahun dan selepas itu mereka akan menerima tiga perlima daripada bayaran asal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 11:06 AM
ZULLEYANA (dua dari kanan) menerima dokumen daripada Penolong Pengurus Faedah PERKESO Kuala Lumpur, Rosimah Arsah.