PEMENANG Cabutan Bulanan Sijil Simpanan Premium Mei 2016, Asni Ambau (dua dari kanan) bergambar bersama ahli keluarganya.
KER Lin Chiew mencuba kereta Produa Axia yang dimenanginya melalui cabutan bulanan di Paloh, Kluang tahun lalu.
myMetro

Kuala Lumpur: Simpanan anda kini lebih berbaloi, malah mempunyai peluang lebih besar untuk menjadi jutawan menerusi kempen terbaharu Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN SSP) - 12 Juta Ringgit, 12 Jutawan, 12 Bulan - sepanjang tahun ini.

Kempen ini menawarkan keseluruhan ganjaran bernilai RM17.7 juta untuk penyimpan dan pelanggan yang bertuah menerusi tiga kategori iaitu Cabutan Istimewa, Cabutan Bulanan dan Cabutan Remaja.

Cabutan Istimewa ditawarkan secara berterusan sebanyak RM1 juta bagi setiap bulan bermula Januari hingga Disember ini.

Penyimpan yang mempunyai jumlah deposit atau baki minimum BSN SSP sebanyak RM3,000 dan ke atas layak menyertai dan disenaraikan dalam cabutan ini.

Bukan itu sahaja, mereka yang menyimpan sekurang-kurangnya RM10 dan ke atas serta simpanan tidak kurang dari tempoh satu hari sebelum cabutan juga berpeluang memenangi sebuah kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz serta ganjaran menarik lain menerusi kategori Cabutan Bulanan.

Selain Cabutan Istimewa dan Bulanan, menerusi kempen terbaharu ini BSN masih meneruskan Cabutan Remaja untuk penyimpan berusia 12 hingga 17 tahun.

Cabutan Remaja ini meliputi dua kategori iaitu khas dan biasa. Bagi kategori khas simpanan minimum adalah sekurang-kurangnya RM1,000 untuk meraih ganjaran BSN SSP RM10,000.

Bagi kategori biasa pula nilai minimum simpanan ialah hanya RM50 untuk memenangi iPhone 7 dan ganjaran menarik lain.

Daripada nilai keseluruhan RM17.7 juta, sebanyak 13,536 ganjaran akan ditawarkan kepada penyimpan BSN SSP sepanjang tahun 2017 dan 1,128 ganjaran akan diberikan pada setiap bulan.

Menariknya juga, penyimpan BSN SSP turut berpeluang menikmati pelbagai ganjaran lain biarpun sudah memenangi ganjaran sebelum ini selagi tidak menebus simpanan yang dibuat.

BSN SSP adalah produk simpanan yang mematuhi syariah berdasarkan kontrak Mudharabah Syariah yakni perkongsian keuntungan. Ganjaran yang diterima penyimpan juga akan dikecualikan daripada cukai.

Mereka yang ingin membuat simpanan BSN SSP, boleh mengunjungi cawangan BSN yang berdekatan, ATM, CDM, Ejen Bank Berdaftar (EB BSN), perbankan Internet MyBSN atau dengan menggunakan cara perbankan SMS.

Mod simpanan boleh menggunakan wang tunai, cek, kad kredit BSN, debit akaun, pemindahan dana, potongan gaji atau arahan tetap.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 8:57 AM