DARI kanan, Saiful Azwan Aziz, Norfarahin Suhada, Norfazira Adila dan Norfarisha Adibah ketika menziarah tanah perkuburan ibu bapa mereka di Kilometer 86.8 Jalan Kota Tinggi-Kluang.
Adnan Ibrahim
am@hmetro.com.my

Kluang: “Seminggu sebelum kejadian, ayah dan ibu pesan adik-beradik jangan biarkan rumah kosong walaupun mereka tiada lagi,” kata Saiful Azwan Aziz, 26, anak kepada suami isteri yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 86.8 Jalan Kota-Tinggi-Kluang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam, Aziz Jaspir, 53, menunggang motosikal bersama isterinya, Haslinda Jalil, 47, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Titiwangsa dekat sini, selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Dataran Taman Makmur.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan bertembung dengan motosikal mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 8:52 AM