KEADAAN kereta mangsa yang merempuh pokok di tepi jalan.
Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Johor Bahru: Johor Bahru: Seorang lelaki maut selepas Proton Wira dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Pekeliling dekat Pasir Gudang, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi, P Raman, 20, maut akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari Tanjung Langsat dekat Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru hilang kawalan.

“Kenderaan mangsa hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum melanggar pokok.

“Kenderaan itu rosak teruk di bahagian hadapan, manakala pemandunya parah di kepala dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk bedah siasat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Sharol Suboh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 9:09 AM