HUSAIN memilih pemenang bagi peraduan Mudah Menang Siri 3 Minggu 5 di Balai Berita, Jalan Riong.
Garret Dawum
garret@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Saingan untuk hadiah paling kreatif peraduan Mudah Menang Harian Metro (HM) semakin sengit apabila lebih 1,000 penyertaan diterima.

Malah, semakin ramai peserta dari seluruh negera sanggup menghantar bahan kreatif mereka dalam saiz besar untuk menambat hati juri.

Bagaimanapun, persaingan peraduan itu adalah berdasarkan keputusan juri yang muktamad dan bagi Siri 3 Minggu 5 seramai sembilan pemenang dipilih.

Menerusi peraduan minggu itu yang berlangsung dari 21 hingga 27 November lalu, keputusan diumumkan oleh Pengarang Bersekutu (Rencana) HM, Husain Jahit.

Lukisan pemandangan hasil Wan Ahmad Nazif Wan Mahusain, 38, diumumkan sebagai pemenang paling kreatif Siri 3 Minggu 5.

Dia yang berasal dari Bukit Besi, Terengganu berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000.

Sementara itu, enam peserta dipilih memenangi hadiah wang tunai RM500, manakala dua peserta memenangi tiket Legoland selepas menjawab soalan dengan tepat serta menghasilkan slogan unik dan menarik.

Peserta yang memenangi hadiah wang tunai RM500 adalah Mohd Sakhaf Saad, 54, dari Klang, Selangor, Raja Zainah Daing Kadir, 54, (Seremban, Negeri Sembilan), Rohaida Ishak, 37, (Petaling Jaya, Selangor), Masury Sabtu, 39, (Shah Alam, Selangor), Abdullah Othman, 44, (Cheras, Kuala Lumpur) dan Low Siyu Chin, 46, dari Ketereh, Kelantan.

Manakala, Ahmad Daud Saedon, 48, dari Kota Tinggi, Johor dan Syed Abd Hamid Syed Abd Rahman, 64, dari Shah Alam, Selangor pula memenangi hadiah empat tiket ke Legoland bernilai RM900.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2016 @ 9:08 AM