PESERTA SBM berjumpa dan memberi penerangan kepada orang ramai ketika program Cabaran Dalam Komuniti.
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Walaupun tergolong dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, ia tidak menghalang golongan ini daripada menjalani kehidupan seperti insan normal.

Bagaimanapun pandangan sesetengah masyarakat yang masih menafikan hak mereka membuatkan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) mengadakan Cabaran Dalam Komuniti 2016 yang disertai 70 peserta cacat penglihatan, semalam.

Presiden SBM Mohammed Nazari Othman berkata, program berkenaan bertujuan memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai OKU cacat penglihatan.

“Tidak dapat dinafikan ada sesetengah daripada kami berasa rendah diri, terpinggir dan malu untuk bergaul dengan masyarakat lantaran kekurangan diri.

“Kami cuba mengatasi masalah berkenaan dengan mengadakan cabaran advokasi ini bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan orang awam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 5:47 AM