NOOR Khairunnisa memerhatikan bapanya menyusun barang kelengkapan ke Tanah Suci.
Siti Farahiyah Aziz
am@hmetro.com.my

Kelana Jaya: Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohammad Aidil Mohammad Alias, 24, yang mendirikan rumah tangga awal tahun lalu bersyukur berpeluang mengerjakan haji pada musim ini.

Mohammad Aidil juga berangkat ke Tanah Suci bersama isteri Noor Khairunnisa Razali, 29, bapa mentua Razali Mat Jee, 59, dan ibu mentua Noor Affida Ahmad Khatib, 55.

Menurutnya, dia langsung tidak menyangka rezekinya mengunjungi Tanah Suci lebih awal berbanding tahun jangkaan iaitu 2087.

“Alhamdulillah, rezeki setiap orang berbeza dan saya salah seorang bertuah kerana dijemput lebih awal disebabkan menjadi mahram kepada isteri walaupun emak dan ayah mentua ada bersama.

“Mereka bertiga mendaftar bersama pada 2007 dan mendapat panggilan serentak pada Disember tahun lalu, jadi saya segera membuat rayuan sebagai mahram isteri kerana wang simpanan saya juga mencukupi ketika itu,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 5:17 AM