PEGAWAI KPDNKK merampas kasut tiruan di Jalan Imbi, semalam.
Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Dua peniaga kasut berjenama tiruan tidak sempat mengaut keuntungan apabila ratusan stok baru yang dijual di pusat beli-belah di Jalan Imbi, dekat sini, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), pagi semalam.

Dalam operasi jam 11 pagi, kedua-dua premis menawarkan kasut sukan tiruan yang kelihatan sama dengan produk tulen.

Selain reka bentuk dan kualiti, harga jualannya juga tiada beza dengan asli sehingga sukar membezakan produk tiruan atau tulen.

Bagaimanapun, produk itu disahkan tiruan selepas wakil pemilik cap dagang tampil bersama anggota penguat kuasa KPDNKK memeriksa kasut dijual.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, seramai enam anggota dan pegawai menjalankan serbuan di dua premis di lokasi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 5:16 AM