KEADAAN pacuan empat roda yang terbabit kemalangan di Kilometer 339 Jalan Alternatif Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Batu Talam.

Raub: Seorang lelaki terbunuh selepas motosikal Honda 70 yang ditunggang dirempuh pacuan empat roda Ford Ranger di Kilometer 339 Jalan Alternatif Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Batu Talam, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi, mangsa, Muzakkir Muaz, 54, berasal dari Batu Talam, dekat sini, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis akibat cedera di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang keluar dari simpang Perumahan Batu Talam dilanggar Ford Ranger dalam perjalanan ke Raub dari Batu Talam.

“Akibat rempuhan dari belakang itu, mangsa tercampak dan terjatuh ke jalan

“Orang awam menghulurkan bantuan dan mangsa dikejarkan ke Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan, namun dipindahkan ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati, pacuan empat roda itu kemudian hilang kawalan lalu terbalik di tepi jalan.

Katanya, pemandu pacuan empat roda itu, Mohd Habibuddin Mansor, 31, berasal dari Kampung Beralas, Padang Tengku, Lipis hanya lebam di tangan kiri

“Orang awam turut membantu pemandu Ford Ranger keluar dari kenderaan pacuan empat roda itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 7:40 AM