Papan tanda kawasan melintas tapir Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Lamir.
myMetro

Kuantan: Pemandu kenderaan diingatkan lebih berhati-hati dan berwaspada ketika melalui jalan yang menjadi kawasan haiwan liar seperti tapir dan babi hutan melintas bagi mengelak kemalangan.

Kemalangan dengan haiwan berkenaan sering berlaku pada waktu malam ketika ia keluar mencari makanan menyebabkannya melintas jalan utama.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Datuk Khairiah Mohd Shariff berkata, banyak kes kematian haiwan seperti tapir disebabkan kemalangan ketika melintas.

Beliau berkata, kes terbaru berlaku di Kilometer 25, Jalan Kuantan-Gambang dekat Kampung Seri Fajar di sini, minggu lalu apabila seekor tapir jantan seberat 300 kilogram (kg) mati dilanggar Proton Iswara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 5:28 AM