AHLI keluarga mangsa sebak ketika membuat proses pengecaman.

Beaufort: Kegembiraan empat sahabat sekampung mandi laut bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas di Kampung Bakaro, Kuala Penyu, dekat sini, semalam.

Mayat Mohd Azuddin Ajol, 18, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 7.15 pagi tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga rakan sebayanya tiba di pantai berkenaan kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Bagaimanapun, hanya mangsa bersama dua rakan mandi manakala seorang lagi tidak berbuat demikian.

Difahamkan, ketika kejadian, laut bergelora biarpun mangsa bersama dua rakannya dikatakan mandi di kawasan cetek sebelum ombak besar tiba-tiba menghanyutkan semua mangsa dengan dua rakan mangsa terhumban ke tepi pantai manakala mangsa dibawa arus sebelum tenggelam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2016 @ 10:33 AM