MOHAMMAD Azlan mencuba kereta Proton Perdana.
KAKITANGAN NSTP mengambil makanan ketika majlis berbuka puasa anjuran DRB-HICOM di Balai Berita NSTP, Bangsar.
myMetro

Kuala Lumpur: Kira-kira 500 kakitangan Media Prima Berhad (MPB) diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan DRB-HICOM di Balai Berita Bangsar, di sini, semalam.

Majlis itu tanda penghargaan dan ucapan terima kasih Kumpulan DRB-Hicom kepada MPB yang sentiasa memberi sokongan selain mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah pihak yang sudah sedia terjalin.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A R Albar hadir meraikan kakitangan MPB diketuai Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Seri Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd Datuk Mohammad Azlan Abdullah,

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali; Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan dan Hartanah, DRB HICOM, Datuk Mohamed Razeek Md Hussain; Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif, Pertahanan dan Pengilangan, DRB-HICOM Datuk Abdul Harith Abdullah dan pengurusan tertinggi kumpulan DBR-HICOM.

Pada majlis berkenaan, turut diadakan ‘showcase’ model terbaru Proton Perdana yang dilancarkan baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 10:27 AM