DAKWAAN kanak-kanak diculik viral di Internet.
myMetro

Shah Alam: Dakwaan kononnya berlaku kes culik membabitkan seorang kanak-kanak perempuan di pasar raya di bandar ini sehingga viral di laman sosial sejak kelmarin palsu.

Sebenarnya ia klip daripada Youtube yang memaparkan sedutan berita saluran televisyen negara jiran.

Berdasarkan laporan berita itu, kanak-kanak dikenali Evelyn diculik di kawasan tempat letak kenderaan di pasar raya.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan seorang lelaki mengekori kanak-kanak itu yang berada di belakang ibunya sebelum merangkul dan membawanya lari.

Laporan berita itu memaklumkan penculikan itu dipercayai dilakukan bapa kandungnya sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 10:18 AM