SHAHRAEL Azahar (tengah) bersama kakitangan SRM Ukhwah Holding Sdn Bhd.
myMetro

Pemilik pusat servis tayar kenderaan, SRM Ukhwah Holding Sdn Bhd, Shahrael Azahar Abd Rahman berpendapat, penggunaan minyak pelincir amat penting untuk menjaga hayat enjin.

“Kekerapan menukar minyak pelincir sama ada sintetik, separa sintetik atau mineral mengikut jadual ditetapkan akan meningkatkan prestasi serta dapat menjaga enjin kenderaan.

“Sebagai contoh, minyak pelincir yang sesuai untuk Perodua MYVI adalah gred 5W30.

“Penggunaan minyak pelincir dengan gred yang betul dapat memberi kuasa maksimum kepada enjin.

“Setiap kali menukar minyak pelincir baru, ia dapat mengurangkan karbon di dalam enjin dan mengurangkan beban kepada tayar selain tahan lebih lama,” katanya.

Walau bagaimanapun, Shahrael Azahar berkata, penggunaan minyak pelincir tidak mempengaruhi tekanan angin tayar kenderaan kerana ia hanya membabitkan bahagian enjin.

“Tekanan angin tayar hanya berkait rapat dengan faktor udara dan wap air,” jelas beliau.

Bekas mekanik dan jurutera teknologi maklumat itu menambah, pengguna perlu memastikan produk dipilih adalah tulen kerana terdapat banyak minyak pelincir tiruan di pasaran.

SRM Ukhwah merupakan pembekal bagi beberapa jenama tayar terkemuka antaranya Continental, Dunlop, Viking dan Achilles.

Selain itu, syarikatnya juga merupakan pengedar sah minyak pelincir Pennzoil, Grantt, Repsol, produk M7, Perodua dan PETRONAS. SRM Ukhwah turut diberi kepercayaan sebagai pembekal PROTON Edar sejak tiga tahun lalu selain alat ganti bagi jenama UMV Advantech Sdn Bhd.

INFO

SRM UKHWAH HOLDING SDN BHD

ALAMAT:No. 44, Jalan PUJ 3/6, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor

TELEFON/FAKS: 03-89444 0340

E-MEL: lets.talks.tyre@gmail.com

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 9:21 AM