ABDUL Malek (kanan) ketika ditemui di pejabatnya di Kawasan Perindustrian Bangi, Bandar Baru Bangi.
myMetro

Pengalaman berkhidmat selama 20 tahun dengan sebuah syarikat perkapalan terkemuka di Malaysia iaitu Malaysia International Shipping Corporation Bhd (MISC) dari 1998 hingga 2008 menjadikan Abdul Malek Ahmad yakin dengan produk tempatan.

“Pada tahun 2012, kami bekerjasama dengan PETRONAS bermula jumlah pengedaran minyak pelincir yang kecil, kemudian semakin bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambah Pengarah Urusan Basra Oil Sdn Bhd (Basra Oil) ini lagi, perniagaannya yang membekalkan minyak pelincir perkapalan dalam industri minyak dan gas bertujuan memastikan enjin kapal di lautan beroperasi dengan sempurna.

Selaku pengedar sah minyak pelincir PETRONAS, Basra Oil menekankan bahawa produk syarikat minyak nasional itu dapat menjimatkan penggunaan diesel dan memastikan enjin sentiasa bersih untuk menghasilkan kuasa maksimum serta melindungi enjin agar tahan lebih lama.

“Kualiti minyak pelincir PETRONAS sama dengan jenama pesaing lain, cuma kita seharusnya menyokong jenama minyak pelincir negara,” katanya yang menjadi syarikat pertama daripada dua syarikat di negara ini yang menjadi pengedar rasmi kepada minyak pelincir PETRONAS.

Menurut Abdul Malek, minyak pelincir yang digunakan dalam siri Formula 1 mempunyai kualiti yang terbaik.

INFO

BASRA OIL SDN BHD

- ALAMAT: No. 29, Hub Perindustrian Suntrack, Jalan Perindustrian Off Jalan P1A, Seksyen 13, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

- TELEFON: 03-8928 0668 / 0669

- FAKS: 03-8928 0449

- E-MEL: inquiry @basraoil.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 9:13 AM