AHLI Mukmin Buddies bersama peserta program.
ZIAN (tiga dari kanan) menyerahkan cenderahati kepada Ustaz Hassan al-Fadhli Abdul Rahman al-Hafiz.

Kuala Lumpur: Kira-kira 100 peserta hadir ke Program Kuliah Dhuha dan Majlis Khatam al-Quran yang diadakan di Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, di sini, semalam.

Ketua imam masjid itu Abdul Basir Mahadi berkata, program anjuran pihaknya dengan kerjasama bekas kakitangan The New Straits Times Press (M) Berhad iaitu Mukmin Buddies serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cawangan Seputeh.

Beliau berkata, program itu bertujuan mengimarahkan masjid dan mendekatkan masyarakat dengan al-Quran.

“Selain itu, kami juga ingin mengeratkan hubungan penduduk setempat, malah ia program julung kali diadakan untuk tahun ini.

“Melihat sambutan positif yang diterima membuatkan kita tidak menolak untuk kembali menganjurkannya pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Majlis bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu juga dihadiri oleh pelajar tahfiz dan penduduk setempat.

Antara pengisian program itu halaqah dan kuliah dhuha.

Presiden Mukmin Buddies Zian Johari berkata, seramai 60 ahli dari kelab yang aktif mengadakan khatam al-Quran pada setiap bulan.

“Program ini yang kedua diadakan selepas program sama di Surau Seri Angkasa, Shah Alam pada November tahun lalu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 5:13 AM