BAYI yang ditinggalkan ibu dalam wad.

Kuala Lumpur: Waris bayi kepada Norhayati@Haryati yang berumur dua bulan diminta tampil bagi membantu pihak mahkamah membuat keputusan penempatan semula kanak-kanak berkenaan.

Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (JKMWPKL), bayi yang belum diberikan nama itu ditinggalkan oleh ibu kandungnya di wad bersalin.

“Pihak wad memaklum dan merujuk bayi itu kepada JKM dan kemudian diberi perlindungan daripada JKMWPKL sejak 12 November lalu.

“Sehingga kini, waris kepada bayi berkenaan tidak dapat dikesan” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan boleh menghubungi Pelindung JKMWPKL, Ahmad Sofiyan Mohamad Redzwan di talian 03-26124000 dalam kadar segera.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 6:47 AM