Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Saya akan terus memainkan peranan sebagai aktivis pengguna. Banyak lagi yang perlu dibuat dan kita sebagai pengguna perlu melindungi dan dilindungi kerana terdedah kepada pelbagai tipu helah mereka yang tidak bertanggungjawab di luar sana.

“Penahanan saya berikutan kes penipuan pembelian telefon bimbit itu saya lihat seperti satu hikmah. Pertama, untuk diri saya sebagai pengguna dan kedua kepada pengadu yang memohon bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menyelesaikan masalah mereka,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi.

Beliau menjadi ‘popular’ sekelip mata selepas ditahan pihak berkuasa berikutan kes penipuan kedai menjual telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah di ibu negara hujung minggu lalu sehingga mengundang reaksi pelbagai pihak.

Katanya, sebagai orang Islam, dia hanya menjalankan tanggungjawab diamanahkan Ketua Aktivis Datuk Nadzim Johan yang berada di Tanah Suci sewaktu kejadian dan langsung tidak menyangka ditahan selepas kekecohan di situ.

“Saya hanya menemani pengadu yang ingin mendapatkan wangnya semula. Langsung tidak ada niat membuat kecoh, apatah lagi mengugut pekedai. Sebelum ini pun, PPIM melakukan perkara sama bagi kes gores dan menang serta along.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 9:11 AM