LEE (tengah)v bersama pemenang hadiah pertandingan video.

Kuala Lumpur: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangkan pawagam di seluruh negara menayangkan video pendek berkaitan cara mencegah jenayah sebelum tayangan bermula.

Naib pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membendung kegiatan jenayah.

Katanya, melalui cara itu, ia sentiasa mengingatkan masyarakat mengenai bahaya jenayah dan kaedah ini adalah salah satu cara penyampaian kesedaran yang lebih cepat difahami.

“Masyarakat kini lebih mudah tertarik terhadap video berbanding kesedaran berbentuk penulisan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah CEGAH Video di sini, semalam.

Sementara itu, pemenang utama pertandingan video pendek, Muhammad Fikri Mohd Zamri, 21, berkata, video dihasilkan berdasarkan kisah benar mengenai rakannya yang kehilangan kereta dipercayai dicuri

“Saya mencuba nasib apabila melihat di tawaran pertandingan cegah jenayah di Facebook supaya orang ramai didedahkan teknik kes kecurian kereta.

“Pada mulanya, agak ragu-ragu kerana melihat lebih banyak video yang menarik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2015 @ 9:25 AM