ANTARA nelayan asing yang ditahan ketika menceroboh perairan Sabah.
Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing bukan lagi perkara baru kerana kedudukan Sabah yang berkongsi kekayaan maritim dengan dua negara jiran lain.

Kejadian pada Julai lalu membuka mata pihak berkuasa dan orang ramai apabila 14 nelayan warga Vietnam didapati turut menceroboh perairan barat Pulau Balambangan di Kudat.

Penahanan dan pemeriksaan terhadap bot dimiliki mereka menemui pelbagai spesies hidupan laut bernilai tinggi terutama udang kara, gamat dan siput selain spesies dilindungi seperti ikan yu.

Nelayan tempatan Razak Bidin, 37, berkata, pencerobohan itu benar-benar mengejutkan kerana selain terpaksa berkongsi hasil laut dengan nelayan Filipina dan Indonesia, nelayan tempatan kini menghadapi ancaman baru yang merentasi Laut China Selatan dari Vietnam.

“Sebelum ini, kita sering mendengar kes membabitkan pencerobohan nelayan Vietnam hanya berlaku di perairan sekitar Semenanjung.

“Bagaimanapun, penahanan nelayan Vietnam di Kudat memang perkara yang mengejutkan. Tidak sangka mereka sanggup menempuh perjalanan jauh sehingga ke Pulau Balambangan di Kudat untuk menangkap ikan,” katanya ketika ditemui.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2015 @ 5:02 AM