Ahmad Zahid (kanan) bersama Dr Wan Junaidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Sumber Air Negara, semalam.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

Putrajaya: Kerajaan negeri digesa memberi kerjasama dalam usaha membanteras masalah pembuangan sampah secara haram di tebing dan di dalam sungai di seluruh negara.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Sumber Air Negara Ke-10 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, masalah pembuangan sampah secara haram semakin membimbangkan malah, ia menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai dan menyebabkan bencana banjir semakin serius.

Beliau berkata, dianggarkan 2.24 tan sampah dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ketika kerja penyelenggaraan sungai dijalankan di seluruh negara setiap sebulan membabitkan kos RM80.95 juta setahun.

“Justeru, kami mahu kerajaan negeri meningkatkan komitmen dalam program kerjasama bersama swasta bagi memajukan tebing serta kawasan koridor sungai untuk mengurangkan kes pencerobohan kawasan tebing sungai serta membanteras kewujudan tapak pembuangan sisa pepejal haram.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 9:35 AM
Skip this ad x