Milan: Petronas Lubricants International (PLI), anak syarikat milik penuh Petronas meraih hasil satu bilion euro (RM5 bilion) daripada pelaburannya di Itali, mencerminkan kejayaan berterusan syarikat minyak nasional itu sebagai pelabur global dalam pasaran antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, PLI yang mempunyai dua kilang di Itali dan kakitangan 700 orang menguasai 23 peratus bahagian pasaran di negara itu.

“Salah satu strategi yang diambil oleh Petronas adalah untuk mengaitkan minyak pelincirnya dengan kereta kebanggaan Itali iaitu Fiat,” katanya. – BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 6:08 AM