Kuala Lumpur: Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) diberi masa sehingga semalam untuk memberikan maklum balas sama ada akan menggunakan akta ‘Securing the Protection of Our Enduring and Established Constitutional Heritage (SPEECH)’ atau sebaliknya.

Ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pihaknya menghantar surat kepada firma guaman yang mewakili WSJ di Singapura pada bulan ini.

Katanya, anak guamnya hanya akan mengemukakan tuntutan saman terhadap WSJ jika ia memberikan satu akujanji untuk tidak menggunakan akta berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 10:02 AM