MAYAT Mior Hussen ditemui anggota polis peronda.
Oleh Asmah Rusman
asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Anggota polis trafik dan petugas Skuad Ranger ITIS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa mengutip cebisan daging dan anggota badan seorang penunggang motosikal yang putus tiga akibat digilis treler.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi semalam, mangsa terbabit nahas di Kilometer 9.9, Lebuhraya Besraya berdekatan susur masuk ke Capital Industrial Centre, Sungai Besi, di sini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan ngeri itu menyebabkan badan mangsa terputus tiga dan hancur berkecai.

Menurutnya, nahas berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan tayar belakang treler berkenaan ketika kenderaan itu membelok ke kawasan perindustrian itu.

“Mangsa, Shah Rezan Saadan, 25, berasal dari Sandakan, Sabah, maut di lokasi kejadian akibat diseret dan digilis treler itu,” katanya.

Susulan itu, pihak polis trafik dan Skuad Ranger DBKL yang dimaklumkan berhubung kemalangan berkenaan bergegas ke lokasi kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:21 AM