ANGGOTA polis trafik mengangkat mayat Ah Kim.
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my


Melaka: “Ketika melalui tempat kejadian, saya nampak ada kemalangan di laluan sebelah, tetapi meneruskan perjalanan kerana menyangka ia kemalangan biasa.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, isteri menghubungi saya memaklumkan kemalangan itu membabitkan abang saya,” kata Yap Ah Kiew, 58, selepas abangnya, Yap Ah Kim, 75, maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat Krubong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, motosikal ditunggang mangsa dari arah Gangsa untuk pulang ke rumahnya di Kampung Paya Rumput dirempuh sebuah Perodua Myvi.

Sebelum kejadian, motosikal mangsa Yamaha SS2 dipercayai hilang kawalan lalu memasuki lorong kanan sebelum dirempuh kereta berkenaan dipandu seorang wanita berusia 20-an

Akibat rempuhan itu, mangsa dipercayai melambung melepasi bumbung kereta menyebabkan kepalanya terhentak atas jalan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 8:58 AM