Kuala Lumpur: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya di Arab Saudi, Timbalan Putera Mahkota, Mohammad Salman Al Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri II Arab Saudi.

Hishammuddin dalam kenyataannya berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara menyentuh kepentingan kedua-dua negara serta rantau ini khususnya mengenai kebimbangan terhadap ancaman gerakan Militan Islam (IS).

“Malaysia dan Arab Saudi sepakat terus memperkukuhkan perkongsian maklumat risikan bagi menangani pengaruh IS,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 6:07 AM