AHMAD Rijal mengimamkan solat hajat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam.

Putrajaya: Lebih 3,000 jemaah menyertai solat sunat hajat mendoakan keadaan jerebu pulih sejurus selesai Solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, semalam.

Solat sunat hajat itu diimamkan Ustaz Ahmad Rijal Ghazali.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kelmarin memohon semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh negara supaya mengadakan solat hajat bagi mendoakan supaya masalah jerebu yang melanda negara dapat segera diatasi.

Selain Masjid Putra dan MTMZA beberapa masjid utama di Kuala Lumpur seperti Masjid Negara dan semua masjid serta surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut mengadakan solat hajat sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2015 @ 5:13 AM