PENGENDALI sistem audio mengeringkan peralatan yang terkena hujan.
ANTARA peniaga yang terjejas teruk akibat ribut di tapak Karnival Usahawan, semalam.
Oleh Amrullah Abdul Karim
hmetroshahalam@hmetro.com.my

Bukit Beruntung: “Saya panik seketika apabila khemah karnival ini terangkat lalu diterbangkan angin ribut,” kata pengusaha permainan rumah hantu, Abdullah Muda, 45.

Dalam kejadian jam 6 pagi semalam, ribut melanda tapak Karnival Usahawan di Jalan Kantan di sini, menyebabkan mangsa yang ketika itu sedang tidur cemas.

Menurutnya, dua khemah dibina roboh akibat diterbangkan ribut manakala enam lagi khemah lain mengalami kerosakan.

“Selepas keadaan reda, saya dapati khemah itu diterbangkan ribut dan jatuh di atas jalan raya berhampiran,” katanya.

Sementara itu, peniaga barangan perhiasan rumah, Masita Mazlan, 31, berkata, dia menerima panggilan kecemasan daripada penganjur karnival memaklumkan kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 6:48 AM