Anggota bomba memadam kebakaran di Jalan Pulau Carey, Telok Panglima Garang.
Oleh Mohd Hasbi Sidek
hmetroshahalam@hmetro.com.my

Banting: Api marak dan asap hitam dapat dilihat dari jauh apabila plastik kitar semula di sebuah gudang di Jalan Pulau Carey, Telok Panglima Garang, terbakar petang semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, pihak bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran berkeluasan 1,350 meter persegi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting Mohd Jaslizad Jalil berkata, kebakaran cepat merebak dan api naik tinggi berikutan banyak bahan plastik.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai memaklumkan kejadian jam 12.35 tengah hari sebelum anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, Andalas, Pelabuhan Klang dan KLIA ke lokasi kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 5:06 AM