Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negara hari ini.

“Selamat berjaya kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR mulai esok (hari ini),” katanya menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebooknya semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan seramai 455,929 calon akan menduduki UPSR 2015 yang dijalankan selama 3 hari dan daripada jumlah itu 446,511 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,418 calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 6:58 AM