AKIM & The Majistret menyanyi bersama Nur Damia Irsalina pada Konsert Patriot Akim & The Majistret Yeo’ s I Love Malaysia.
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Nerus: “Suara abang Akim sedap dan lagu Mewangi sangat bermakna kerana liriknya memberi semangat pada saya untuk menjadi insan yang kuat,” kata kanak-kanak yang juga orang kurang upaya (OKU) Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 8.

Nur Damia Irsalina yang dilahirkan cacat kaki dan tangan mencuri tumpuan ramai kerana mampu berdikari seperti kanak-kanak normal termasuk bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Nur Damia Irsalina apabila bukan hanya bertemu dengan penyanyi kegemarannya, Akim Ahmad tetapi turut dijemput ke pentas pada Konsert Patriot Akim & The Majistret di pekarangan Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, kelmarin.

Menurutnya, pertemuan bersama Akim dan ahli kumpulannya pada konsert berkenaan kenangan terindah dan tidak dapat dilupakan kerana impiannya bertemu dengan penyanyi pujaan sejak tiga bulan lalu tercapai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 11:24 AM