Oleh Nabihah Kamal
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pihak polis membuktikan mereka tidak pilih ‘bulu’ dalam mengambil tindakan apabila turut menahan lima anggotanya yang didapati terbabit dalam aktiviti judi siber.

Kelima-lima mereka berpangkat Koperal dan Lans koperal dicekup dalam operasi Ops Dadu dilakukan di Taman Bandaraya Kuchai di sini, jam 2.15 petang kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sebuah premis rumah kedai, di sini.

Ketua Operasi Deputi Superintendan Ng Siew Hiang berkata, hasil serbuan itu, polis menahan sembilan individu membabitkan tujuh lelaki dan dua wanita.

“Polis menahan lima penjawat awam menjadi pelanggan dan pengunjung premis berkenaan. Turut ditahan penjaga dan dua pembantu pusat judi itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:34 AM