Brickfields: Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mengkaji semula laluan utama di sini, sebagai jalan dua hala selepas menilai cadangan serta komen penduduk setempat mengenai kesesakan lalu lintas kawasan itu.

Timbalan Menterinya Datuk Loga Bala Mohan berkata, pihaknya mempunyai masa sebulan untuk mengkaji pandangan orang ramai dan kertas kerja yang diberikan pelbagai pihak sebelum pihak kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi berkaitan memulakan kerja pembinaan.

“Kita akan kaji, jika perlu tukar kepada dua hala kita akan buat, tetapi kita perlu lihat daripada semua aspek.

Loga berkata, dalam masa sebulan pihaknya akan memutuskan kertas kerja terbaik yang merangkumi langkah penjimatan kos dan mengurangkan kesesakan di kawasan tumpuan pelancong itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 6:37 AM