Makkah: Pusat Perkhidmatan Kaunseling (PPK) disediakan Tabung Haji (TH) antara pendekatan berkesan bagi membantu jemaah haji Malaysia berdepan cabaran dan perubahan persekitaran ketika menunaikan ibadat di Tanah Suci.

Pengurus Kaunseling Sharifah Rahanah Wan Drahman berkata, perubahan persekitaran boleh menyebabkan jemaah haji gagal menyesuaikan diri sehingga mereka beremosi dan hilang fokus terhadap ibadat.

Katanya, PPK boleh dimanfaatkan jemaah haji untuk merujuk masalah berkenaan untuk diselesaikan secara bersemuka dengan kaunselor yang bertauliah.

Selain itu, katanya, PPK turut menawarkan kaunseling individu, berkelompok, hubungan rakan sebilik dan hubungan perkahwinan.

“Kami juga melakukan lawatan silaturahim dari bilik ke bilik, klinik dan hospital untuk mendapatkan maklumat atau masalah yang timbul,” katanya ketika ditemui.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 10:16 AM