Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

Kajang: Dua penyamun terpaksa dihantar ke hospital selepas ‘lembik’ dibelasah orang ramai yang berang terhadap tindakan suspek merompak sebuah kedai serbaneka di sini.

Dalam kejadian jam 2.48 pagi kelmarin, suspek berusia 17 dan 25 tahun itu dipukul orang ramai selepas berjaya ditangkap berhampiran Bandar Tun Hussein Onn di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, empat suspek sebelum itu cuba merompak pekerja premis itu dengan bersenjatakan pisau.

Menurutnya, kumpulan penjenayah yang cuba melarikan diri bagaimanapun disedari beberapa orang awam yang mengejar mereka.

“Dua suspek bagaimanapun melarikan diri menaiki motosikal manakala dua lagi suspek dikejar orang ramai sehingga ke kawasan padang berhampiran Taman Cheras Perdana di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 6:27 AM