RIDZUAN (kiri) menikahkan sendiri anaknya, Nur Dhaniyah dengan Mohd Razi Shahriman.

Shah Alam: “Saya terima jodoh anak sulung (Nur Dhaniyah Mohd Ridzun, 22) yang menamatkan zaman solonya pada usia muda dengan hati terbuka dan penuh syukur.

“Pada saya, jodohnya sudah sampai dan menantu (Mohd Razi Shahriman Sabari, 29) pun seorang pemuda yang baik.

“Saya terima dengan sepenuh hati keputusan Nur Dhaniyah berkahwin kerana dulu pun saya nikah awal ketika berumur 19 tahun,” kata pelakon dan pengacara popular, Didie Alias.

Didie, 41, dan bekas suami pelakon Ridzuan Hashim atau nama sebenarnya Mohd Ridzun Hashim, 54, menerima menantu sulung apabila anak mereka Nur Dhaniyah selamat dinikahkan di Dewan N’Dah Catering, di sini, pagi semalam.

Pasangan Nur Dhaniyah dan Mohd Razi Shahriman sah bergelar suami isteri tepat jam 10.30 pagi dengan sekali lafaz.

Mereka dinikahkan sendiri oleh Ridzuan di hadapan jurunikah Ustaz Mohd Azwan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:15 AM